HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, 20 Mac 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Urologi sekali lagi melakar sejarah kejayaan pembedahan sendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' pertama di Pantai Timur yang melibatkan lima orang pesakit kanak-kanak.

pead2

Pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' dijalankan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah buah pinggang dan salur ureter berkembar (Complex Duplex Kidney and Ureter) yang mana setiap pembedahan mengambil masa hampir tiga jam.

Pakar Bedah Urologi Hospital USM, Dato' Dr. Azhar Amir Hamzah berkata, dengan kemudahan dan kepakaran yang sedia ada di Hospital USM, kita mampu menjalankan prosedur pembedahan ini.

peads3

"Sebelum ini kaedah konvensional digunakan untuk pembedahan melibatkan buah pinggang bagi kanak-kanak, namun kini kita mampu mengendalikan kes sebegini dengan kaedah yang lebih baik," ujar beliau.

Jelas Azhar, kanak-kanak yang menghidap masalah 'Duplex Kidney' ini biasanya sejak dari lahir lagi dan dalam tempoh tertentu ia akan memberi kesan hingga mengakibatkan berlaku jangkitan kepada buah pinggang,' inkontinens' dan seterusnya kerosakan buah pinggang yang serius sehingga perlu menjalani pembedahan.

Selain itu mereka turut mengendalikan masalah lain seperti salur buah pinggang tersumbat (pyeloplasty) dan kes-kes 'neurogenic bladder'.

pead1

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama Unit Urologi turut menganjurkan 'Paed Urologi Workshop' juga yang pertama kali diadakan di Pantai timur untuk membantu bakal pakar bedah dan jururawat melalui pengajaran tentang pelaksanaan prosedur pembedahan 'Laparoscopic Paediatric'.

Bengkel yang berlangsung selama sehari itu dihadiri kira-kira 20 peserta dari dalam dan luar USM.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

286360
TodayToday331
This_WeekThis_Week3320
This_MonthThis_Month12435

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 23 September 2017.