Tuesday, 29 July 2014
 
 
Q main menu
Statistic
Content View Hits : 2099136
ICC Projects

1.KUMPULAN PEMANIS (1986)

Tajuk projek :-”Masalah Kebersihatan Dapur”

Abstrak:

Tahap kebersihan dapur pada keseluruhannya adalah kurang memuaskan terutama kawasan bawah kawah, kawasan mesin basuh, kawasan troli yang tidak digunakan dan stor menyimpan perkakas dapur yang sentiasa lembab. Terdapat tikus dan makhluk asing seperti lipas dan lalat. Pengawasan semua Tukang Masak dan Atendan perlu dipertingkatkan bagi memastikan dapur kelihatan bersih.

 

2. KUMPULAN API (1993)

Tajuk projek :-”Meningkatkan Mutu Masakan Diet Khas dan Sajian Melalui Penggunaan Resepi Piawai”

Abstrak:

Masakan diet khas yang dihidangkan untuk pesakit tertentu seperti Diet Diabetik, Diet Lembut, Diet Garam Terhad, Diet Protin Tinggi dan sebagainya adalah di tahap yang kurang memuaskan. Ini menyebabkan rungutan dari pesakit, jururawat dan doktor.

 

3. KUMPULAN SUME (1993)

Tajuk projek :-’Pengawalan Portion Makanan Untuk Penjimatan Kos Tanpa Menjejaskan Kualiti’

Abstrak:

Memandangkan kos bahan-bahan mentah semakin meningkat, maka kami sebulat suara bersetuju untuk memberi perhatian serius ke atas masalah ini selaras dengan Objektif Unit kami bagi tahun 1993 iaitu mengurangkan kos makanan sebanyak RM0.05 (5 sen / pesakit/ hari tanpa menjejaskan kualiti.

 

4. KUMPULAN SUME (1994/1995)

Tajuk projek :-”Masalah Penyediaan Makanan Pesakit”

Abstrak:

Makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah dari menu tetap. Ini menyebabkan pesakit kurang berpuashati dan kurang selera hingga mengakibatkan pembaziran makanan apabila pesakit tidak memakan makanan yang dihidangkan. Mutu masakan dan kesedapan makanan juga pada tahap yang kurang memuaskan.

 

 

5. KUMPULAN SUME (1996)

Tajuk projek :-”Kesukaran Memberi Makanan Yang Cukup Kilokalori Bagi Keperluan Harian Pesakit Yang Mendapat Diet Lembut”

Abstrak:

Kilokalori yang cukup amat perlu bagi setiap individu lebih-lebih lagi dalam keadaan sakit. Pesakit yang mendapat Diet Lembut tidak mampu menghabiskan makanan Nasi Air Campur yang dihidangkan menyebabkan mereka mendapat jumlah tenaga yang kurang daripada 1450 Kkal/hari.

 

 

6. KUMPULAN SUME (1997)

Tajuk projek :-

”Resepi Sihat Pilihan Bijak”

Abstrak:

Setiap minggu kami menyediakan hampir 20 jenis masakan bersantan kepada pesakit hospital. Adalah diperakui bahawa santan merupakan makanan yang mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi (hampir 100%). Apabila dimakan, ia akan meningkatkan kandungan kolesterol yang tidak diperlukan oleh badan manusia dan akan menjejaskan kesihatan. Melalui kajian retrospektif selama satu tahun, kumplan kami mendapati kelewatan masa makanan dapat dimasak dan dikeluarkan dari dapur hospital ialah sebanyak 20% dari jumlah hari dalam setahun bagi penyediaan makan tengahari.

 

7. KUMPULAN SAJI (200I)

Tajuk Projek :”Meningkatkan Mutu Sajian Makanan Pesakit Melalui Sistem Sajian Berpusat”

Abstrak:

Makanan yang disajikan kepada pesakit adalah melalui sistem sajian tidak berpusat. Melalui sistem ini, maklumat bilangan pesakit sebenar dalam wad kurang tepat pada masa tertentu. Ini telah menyumbang kepada peningkatan kos bahan-bahan makanan. Pesakit pula kurang berpuas hati dengan sajian yang dihidangkan kepada mereka. Ini telah menjejaskan lagi selera mereka hingga mengakibatkan pembaziran makanan.

 

8. KUMPULAN SQ (2003)

Tajuk Projek :

”Menu Teh Petang Untuk Pesakit Postnatal Kurang Sesuai”

Abstrak:

Setiap hari kami menyediakan minuman teh petang kepada 400-500 pesakit di Hospital USM (termasuk pesakit post-natal) mengikut menu harian. Dari amalan sebelum projek jumlah pesakit post-natal yang terlibat dengan menu ini adalah lebih kurang 40 orang setiap hari.

Masalahnya jika diamalkan menu teh petang berkenaan ialah :-

a)Terdapat banyak ”plate waste” terutamanya di wad post-natal (2 Topaz dan I TB)

b)Terdapat banyak rungutan daripada pesakit di wad post-natal mengatakan sajian minuman petang tidak sesuai dengan kehendak mereka.

c)Pegangan kuat kepada pantang larang selepas bersalin yang melibatkan teh petang yang kami sediakan.

d)Kebanyakan menu teh petang mengandungi resepi bersantan dan amatlah tidak sesuai untuk pesakit post-natal.

e)Kepuasan pelanggan yang didapati tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kos dan masa kakitangan menyediakannya.

 

Kesemua permasalahan ini perlu ditangani bagi mencapai objektif projek seperti yang disasarkan dan sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan makanan di HUSM.

 

9. KUMPULAN de’Qzone (2004)

Tajuk projek :-”Tahap Keberkesanan Khidmat Nasihat Diet Masih Boleh Diperbaiki”

Abstrak:

Kaunseling diet merupakan tugasan utama seorang Pegawai Dietetik. Namun tahap keberkesanannya masih sukar dipastikan. Matlamat projek ialah untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap keberkesanan khidmat nasihat diet. Melalui kajian soal selidik yang dijalankan, beberapa punca masalah yang menyumbang kepada ketidakberkesanan kaunseling diet mengikut keutamaan dikenalpasti iaitu nasihat/regim diet tidak mengambil kira penilaian awal tahap penyakit, penerangan pengenalan kurang jelas, regim diet yang disarankan atau pemberian panduan yang kurang sesuai, pesakit kurang faham, kaunseling diet/regim diet yang kurang jelas, pesakit kurang kesedaran dan Pegawai Dietetik kurang mesra. Ekoran daripada ini, beberapa cadangan penyelesaian telah dilaksanakan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan. Cadangan penyelesaian yang utama ialah Audit Dietetik dan cadangan penyelesaian lain yang menyumbang kepada peningkatan keberkesanan kaunseling diet ialah memberikan panduan yang bersesuaian, mengemaskinikan maklumat dalam buku panduan pesakit, mengambilkira data biokimia serta latarbelakang sosioekonomi pesakit. Hasil daripada pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian ini didapati terdapat penurunan ketidakberkesanan sebanyak 52% mengikut Konsep Pareto. Kajian soal selidik susulan yang dilaksanakan telah mencapai tahap penurunan 91.5% menurut Konsep Pareto iaitu melebihi sasaran 80%.

 

 10. KUMPULAN SQ (2004)

Tajuk Projek :”Menu Sarapan pagi dan Teh Petang Kurang Digemari”

Abstrak:

Setiap hari kami menyediakan sarapan pagi dan minuman teh petang kepada 400-500 pesakit di Hospital USM (termasuk teraputik diet) mengikut menu harian. Dari amalan sebelum projek jumlah pesakit normal diet yang terlibat dengan menu ini adalah lebih kurang 330-350 orang setiap hari.

Apa masalahnya jika diamalkan menu sarapan pagi dan teh petang berkenaan?

Masalahnya ialah :-

a)Terdapat banyak ”plate waste” terutamanya pada hari menu yang kurang digemari pesakit.

b)Terdapat banyak rungutan daripada pesakit mengatakan sajian sarapan pagi dan minuman petang tidak sesuai dengan kehendak mereka.

c)Pegangan kuat kepada pantang larang atas pilihan sendiri yang melibatkan sarapan pagi dan teh petang yang kami sediakan.

d)Kebanyakan menu mengandungi telur dan amatlah tidak sesuai untuk pesakit dan menjemukan.

e)Kepuasan pelanggan yang didapati tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kos dan masa kakitangan menyediakannya.

 Dari fakta-fakta di atas, jelas menunjukkan menu sarapan pagi dan teh petang perlu diperbaiki bagi mempertingkatkan kepuasan pelanggan.

 

11. KUMPULAN SQ (2005)

Tajuk Projek :”Masakan Sayur dan Sup Bagi Makan Tengahari dan Malam Masih Boleh Diperbaiki”

Abstrak:

Masakan sayur dan sup bagi makan tengahari dan malam adalah dari menu tetap. Terdapat banyak rungutan, ”plate waste” dan pantang larang terutama pada hari menu berkenaan kurang digemari pesakit. Kebanyakan menu sup tidak mengandungi kuantiti isi yang mencukupi dan rasa sayur pula tidak menyelerakan dan menjemukan. Ini telah mengakibatkan pesakit kurang berpuas hati dengan sajian yang dihidangkan kepada mereka sehingga berlaku pembaziran makanan.

 

12. KUMPULAN de’ Qzone (2005/2006)

Tajuk Projek : ”Kesukaran Memenuhi Keperluan Pemakanan Seimbang Bagi Pesakit Luar Yang Memerlukan Sokongan Pemakanan Melalui Tiub”

Abstrak:

Semasa pesakit berada di wad, hospital akan membekalkan formula khas untuk pemakanan melalui tiub tetapi sekiranya pesakit didiscaj dari hospital dengan tiub tersebut, hospital akan membekalkan formula khas tersebut bagi kes-kes kebajikan sahaja untuk tempoh 2 minggu sebelum mereka mendapat bantuan lain. Sekiranya pesakit gagal mendapat bantuan, mereka terpaksa membeli sendiri formula khas tersebut dengan anggaran harga RM23.00/tin/hari @RM690.00 sebulan. Para pesakit ini ada yang terpaksa bergantung pada pemakanan melalui tiub untuk tempoh yang tidak dapat dijangka.

 

Kebiasaannya, penjaga pesakit yang tidak berkemampuan akan menyediakan nasi bubur yang dikisar dan ditapis untuk diberi kepada pesakit melalui tiub tersebut dan kebiasaannya pemakanan sokongan yang diberi tanpa formula khas adalah tidak mencukupi/memenuhi keperluan pesakit dan tidak seimbang.   Kesannya, keadaan pesakit menjadi semakin kurus, semakin tidak sihat, keadaan penyakit semakin teruk dan mungkin juga terpaksa dimasukkan semula ke wad.

 

13. KUMPULAN TRIPLE B PIRAMID (2007)

Tajuk Projek: ”Kesukaran Menangani Pembaziran Makanan Pesakit Discaj di HUSM”

Abstrak:

Kesukaran menangani masalah pembaziran makanan pesakit discaj adalah sesuatu yang lazim didengar hampir di setiap hospital. Faktor ketiadaan maklumat terkini/sistem maklumat ”on line” merupakan antara asas kepada masalah ini. Makanan yang dihantar ke wad pulang semula ke bahagian sajian sebagai pembaziran ”food waste” kerana pesakit telah discaj.

Masalah ini lebih menyulitkan lagi apabila maklumat jumlah pesakit sebenar tidak diperolehi / dimaklumkan dengan tepat di Bahagian Sajian dari wad-wad hospital. Keluarga pesakit yang telah membawa makanan sendiri juga telah mengakibatkan makanan yang hospital sediakan turut dibazirkan.

Maklumat keseluruhan yang tepat bagi jumlah pesakit untuk setiap waktu sajian (sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam) amat sukar diperolehi. Setiap hari, maklumat pesanan diet hanya boleh didapati selepas waktu sajian sarapan pagi.

Kesemua permasalahan ini telah menyumbang kepada kesukaran menangani masalah ini dan sekali gus telah menyebabkan berlaku kemerosotan terhadap mutu perkhidmatan makanan di HUSM.

 

14. KUMPULAN DELIMA (2009)

Tajuk Projek :“Kerumitan Pengendalian Perkakas Sajian Makanan Pesakit Untuk Hidangan Makan Tengah Hari dan Makan Malam”

 

Abstrak:

Perkakas sajian makanan pesakit merangkumi satu set bekas utama (1 pinggan, 1 dome base besar dan1 dome cover besar), satu set mangkuk sup (1 mangkuk, 1 dome base kecil dan 1 dome cover kecil) dan satu dulang. Untuk hidangan makan tengah hari dan makan malam, perkakas-perkakas ini perlu digunakan untuk mengisi nasi, lauk, sayur dan sup. Untuk hidangan sarapan pagi dan minum petang, hanya piring atau set mangkuk yang digunakan. Untuk purata 500 orang pesakit sehari, sebanyak 3500 perkakas perlu dikendalikan oleh staf sajian untuk setiap waktu sajian. Ini menyebabkan pengendalian perkakas sajian dan troli makanan bertambah rumit, memerlukan masa penyajian dan pencucian yang lama, susun atur perkakas yang kerap kali tidak kemas dan kebersihan perkakas yang kurang memuaskan. Inovasinya ialah dengan mengurangkan bilangan perkakas sajian makanan pesakit iaitu menghapuskan set mangkuk sup dan menggantikannya dengan bekas pakai buang yang boleh dimuatkan dalam bekas utama

 

15.KUMPULAN: CARE CIRCLE

 Tajuk Projek : Mengurangkan insiden Pesakit Jatuh Katil.

 
Abstrak:

Insiden pesakit jatuh katil merupakan satu masalah yang rumit untuk diselesaikan. Kesan daripada jatuh katil boleh menyebabkan kecederaaan, kecacatan, tempoh hospitalisasi yang lama, kadar penggunaan katil dan kos rawatan meningkat serta paling parah menyebabkan kematian.Ia juga boleh mengurangkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan serta menjejaskan imej organisasi. Kumpulan ini mengambil sikap proaktif dengan merekacipta alat/bahan untuk mencegah berlakunya insiden jatuh katil.

 

Penghasilan alat/bahan adalah:

Borang Penilaian dan Senarai Semak Pesakit Berisiko jatuh katil

Pamplet panduan untuk elak pesakit jatuh katil

Ubahsuai katil dengan menggunakan sensor yang diletakkan di katil.

 

Penggunaan alat-alat ini terbukti menjimatkan kos sebanyak 98% dan mengatasi masalah pengurangan insiden pesakit jatuh katil sebanyak 0% . Beberapa penambahbaikan juga telah diujicuba bagi meningkat kan lagi kualiti produk ini dan disahkan oleh jurutera.

 

16 . KUMPULAN : QCR

Tajuk projek: Pemakaian Abduction Splint Bagi Rawatan Pemulihan Pesakit Clubfoot Yang Sedia Ada Tidak Menepati Kehendak Pengguna.

Abstrak :

Alat kawalan kualiti seperti cause-effect diagram,Pareto chart,tree diagram,process decision programe chart dan seterus nya telah digunakan semasa mengandali projek.Kumpulan menggunakan kaedah penyelesaian masalah didalam menyiapkan projek.

Semua masalahdipilih,distrafikasi dan dikategori mengikut jenis masalah.Setiap kategori dianalisis supaya masalah utama dapat dikenalpasti untuk diselesaikan.

Semua punca masalah paling mungkin yang menyebabkan masalah utama dikenalpasti,disaring dan dibuat verifikasi dengan pemantauan dan pengambilan data.Semua penemuan dikaji dan dianalisis dengan teliti dan terperinci sebelum tindakan pembetulan dibuat.

Sebelum tindakan pembetulan dibuat,cadangan dan tindakan penyelesaian dengan menggunakan rajah pokok dan process decision program chart telah dipilih bagi mencapai tujuan projek.

Kumpulan dengan sebulat suara memilih tindakan pembetulan yang mengandungi proses membuat reka bentuk dan fabrikasi abduction splint yang baru,yang kami namakan UFAS (user-friendly abduction splint).

Kumpulan berjaya mengatasi masalah dengan mencapai sasaran sebenar sebanyak 94.1% dalam aspek penjimatan kos dan masa serta meningkatkan keselesaan pengguna.

Kumpulan juga berjaya menjimatkan kos pemakaian splint kepada pengguna sebanyak RM 90,720.00 setahun berdasarkan hitung panjang 9 orang pesakit sebulan.

 

17. KUMPULAN      : THE REHAB CHARGER

Tajuk projek            : Menangani kesukaran amalan cucian tangan sebelum dan selepas rawatan terhadap pesakit

Abstrak

Alat kawalan kualiti seperti Cause Effect Diagram, Pareto Chart, Tree Diagram, Process Decision Programme Chart dan seterusnya telah digunakan semasa mengendalikan projek. Kumpulan menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam menyiapkan projek.

Semua masalah dipilih, distratifikasi dan dikategorikan mengikut masalah. Setiap kategori telah dianalisis supaya masalah utama dapat dikenalpasti untuk diselesaikan

Semua punca masalah paling mungkin yang menyebabkan masalah utama dikenalpasti, di saring dan dibuat verifikasi dengan pemantauan dan pengambilan data. Semua penemuan dikaji dan dianalisis dengan teliti dan terperinci sebelum tindakan pembetulan dibuat.

Sebelum tindakan pembetulan dibuat, cadangan dan tindakan penyelesaian dengan menggunakan rajah pokok dan process decision program chart telah dipilih bagi mencapai tujuan projek.

Kumpulan dengan sebulat suara memilih tindakan pembetulan yang mengandungi proses membuat rekabentuk dan penciptaan sinki bergerak yang baru yang kami namakan do it yourself transmobile sink.

Kumpulan berjaya mengatasi masalah dengan mencapai sasaran sebenar sebanyak 96% melebihi dari sasaran asal sebanyak 86%. Penjimatan tersebut adalah dalam aspek penjimatan kos, statistik rawatan pesakit dan juga penggunaan masa rawatan terhadap pesakit.

 

18. KUMPULAN   :   PERMATA

   Tajuk Projek   : Setitik Penyelesaian

Abstrak:            

Bagi mengekalkan struktur dan kandungan kalsium tisu keras sepenuhnya,ia  digunakan secara meluas bagi tujuan analisa histopatologi dan kes-kes forensik.Contoh sampel tisu keras ialah gigi, tulang dan bahan sintetik material seperti batu karang dan hidroksiapatit yang diimplan.Bahan perekat yang sedia ada yang terdiri daripada 3 komponen iaitu serbuk resin monomer dan polimer digunakan sebagai perekat.Walaupun bahan ini masih sesuai digunakan,namun masalah-masalah teknikal seperti teknik bancuhan berperingkat dan kos yang mahal menyebabkan perekat alternatif ( cyanoacrylate) terbukti dapat menjimatkan kos dan mengatasi masalah tersebut dalam penghasilan slaid tisu keras.Beberapa penambahbaikkan juga telah diuji cuba bagi meningkatkan lagi kualiti produk ini.

 

19. KUMPULAN: MUTIARA

Tajuk Projek: Pembaziran Penggunaan Wayar Keluli Tahan Karat

Abstrak:

Penggunaan wayar keluli tahan karat (Stainless Steel Wire) yang tidak sistematik dan tidak efektif dikenalpasti sebagai masalah utama untuk diberi perhatian oleh kumpulan kami. Kajian yang dijalankan membuktikan berlaku pembaziran wayar ini di Makmal Teknologi Pergigian. Kaedah yang diguna pakai sekarang ialah di mana keadaan kedudukan wayar yang tidak sistematik mampu menyebabkan pembaziran kos perbelanjaan. Risikonya adalah tinggi sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi memandangkan penggunaan wayar keluli tahan karat ini adalah sangat penting dalam kegunaan harian seperti ”eyelet wiring” dalam bidang pembedahan pergigian dan dalam pembuatan protesis Ortodontik dan Prostetik. Pembaziran wayar keluli tahan karat di Makmal Teknologi Pergigian telah diberi keutamaan memandangkan ianya melibatkan kos yang tinggi dan telah menarik perhatian Dekan untuk diselesaikan.

 

20.KUMPULAN V-TIME

Tajuk projek: KAEDAH PENGENDALIAN MASA YANG KURANG EFISYEN SEMASA   PEPERIKSAAN AMALI

Abstrak:

Inovasi sistem v-time ini dibangunkan bagi mengatasi masalah sistem pengendalian masa peperiksaan amali yang kurang efisien di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Kelantan. Sistem pengendalian masa peperiksaan amali konvensional menggunakan 2 unit jam “Smiths Timer Clock”, 2 orang pengendali jam dan seorang pembaca arahan. Hal ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pembaziran tenaga staf serta ketidakselarasan arahan yang diberikan sewaktu peperiksaan tersebut. Selain itu, masalah ini juga menyebabkan peningkatan kos operasi pusat pengajian, serta mengakibatkan ‘perebutan masa’ untuk mengendalikan peperiksaan amali kerana bilangan peperiksaan amali yang dapat dikendalikan pada satu-satu masa adalah terhad akibat kekurangan staf sokongan makmal dan bilangan jam “Smiths Timer Clock” yang terhad.

            Hasil inovasi ni dapat menyelaraskan sistem pengendalian masa bagi peperiksaan amali secara bersepadu dengan berpandukan teknologi ICT iaitu Sistem Pengendalian Masa Peperiksaan Amali Secara Multimedia Bersepadu. Sistem ini akan dapat menyelaraskan arahan peperiksaan serta para pelajar boleh mengetahui baki masa yang ada dengan lebih tepat. Di samping itu, sistem ini juga dapat meminimakan ralat manusia dalam menetapkan masa jam “Smiths Timer Clock”.

            Sistem ini bukan sahaja mampu mengatasi masalah pengendalian masa peperiksaan amali yang kurang efisien di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM; malah sistem ini dapat juga diaplikasikan di pusat pengajian lain di USM atau institusi pelajaran/pendidikan lain yang turut mengendalikan peperiksaan amali. Bahkan sistem ini juga boleh diselaraskan bagi semua jenis peperiksaan serta apa jua aktiviti yang melibatkan masa.

 

21.KUMPULAN V-KIP

Tajuk projek:

” Pusat Sehenti Sisa Kimia (OSWC) dan Troli Pengangkutan Sisa Kimia yang mesra pengguna V-Kip”

Abstrak:

Kewujudan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kaedah pengumpulan sisa kimia yang tidak sistematik, berselerak dan tidak komprehensif telah berlaku di Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Mesyuarat memutuskan untuk menginovasi alat-alat bantu yang mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dan di kenalpasti dan dikehendaki oleh semua pengguna makmal dan juga memenuhi keperluan perundangan berkaitan kaedah pengumpulan sisa-sisa tersebut. Akhirnya pihak kumpulan telah berjaya menghasilkan sebanyak dua hasil inovasi yang berkaitan, iaitu Pusat Sehenti Sisa Kimia (OSWC) yang lengkap dengan carta alir penyimpanan sisa kimia dan botol simpanan sisa kimia serta Troli Pengangkutan Sisa Kimia yang mesra pengguna V-Kip.

            Pusat Sehenti Sisa Kimia (OSWC) ini dilengkapkan dengan carta alir V-Kip. Berpandukan carta alir ini para pengguna dapat mengenalpasti jenis-jenis sisa yang dihasilkan serta bekas yang sesuai dengan kategori sisa tersebut. Ciri-ciri carta alir V-Kip ini adalah komprehensif, ringkas dan kendiri iaitu mendidik pengguna makmal secara kendiri tentang prosedur penyimpanan sisa kimia yang betul.

            Troli V-Kip merupakan hasil inovasi kedua yang merupakan alat bantu dalam mengangkut sisa kimia tanpa mengubah kategori sisa kimia sama seperti yang terdapat di Pusat Sehenti Sisa Kimia. Dengan menggunakan troli V-Kip pengendali dapat menjimatkan masa dalam urusan penghantaran sisa kimia ke stor penyimpanan sisa kimia sebelum ia dipungut oleh vendor yang dilantik untuk tujuan pelupusan. Semua sisa kimia dapat diangkut secara serentak dari semua makmal di PPSK ke pusat simpanan sisa kimia di stor kimia. Risiko botol sisa kimia terjatuh dan pecah semasa diangkut tidak berlaku lagi dan keselamatan pengendali akan lebih terjamin.

22. KUMPULAN TUALANG

Tajuk projek:

“SUPPORTING STAFF REWARD SYSTEM (SSRS)’

Abstrak:

Perkhidmatan staf sokongan merupakan faktor utama yang menentukan pembangunan dan perkembangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Memandangkan bidang tugas jabatan PPSK adalah berorientasikan perkhidmatan, maka prestasi perkhidmatan staf sokongan perlu diambilberatkan bagi menjaga imej Jabatan dengan signifikan. Berikutan itu, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk memilih Sistem Ganjaran Staf Sokongan sebagai projek kumpulan ICC kami. Bagi tujuan itu, kumpulan Tualang menghasilkan satu inovasi sistem ganjaran staf sokongan (Supporting Staff Reward System, SSRS) yang cekap dan telus. Matlamat utamanya ialah untuk menurunkan peratus ketidakpuasan hati responden terhadap prestasi perkhidmatan staf sokongan sebanyak 20%.

 

 

23. KUMPULAN REFLEKSI

Abstrak:

Tajuk: “PRODUK REFLEXOFIX“

Ketidakselesaan/sakit belakang semasa duduk bekerja di pejabat adalah masalah yang selalu terjadi di kalangan staf yang terpaksa duduk selama 3 hingga 6 jam sehari sepanjang waktu bekerja. Keadaan yang turut dipengaruhi oleh pengamalan postur yang tidak betul dan ketiadaan aktiviti regangan akan menganggu proses pelaksanaan kerja jika tidak ditangani dengan betul.

Kebanyakan staf mungkin melihat situasi ini sebagai kebiasaan, namun lama kelamaan ia sebenarnya boleh mengundang kepada komplikasi penyakit lain. Produk ergonomik yang dicipta oleh kumpulan REFLEKSI adalah sejenis pelapik belakang yang diletakkan pada kerusi pejabat. Ia berfungsi bagi memberi sokongan kepada struktur tulang belakang (atas dan bawah) dan mempunyai ciri urutan bagi mengurangkan ketidakselesaan/kesakitan yang dialami seseorang individu. Melalui konsep ringkas, murah dan efektif, produk ini adalah mesra pengguna dan dapat diaplikasikan untuk kegunaan dalam pejabat dan sebagainya. Produk ini dapat membantu memberi keselesaan kepada pengguna yang duduk bekerja dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan mutu kerja seseorang staf.

 

24. KUMPULAN SUPERNOVA

Abstrak:

Tajuk: “MENGHASILKAN GANTIAN MODEL BRAINSTEM (SIL-GAN)”

Kehilangan komponen brainstem yang tidak dapat diganti secara pembelian berasingan dan memerlukan kos yang tinggi. Keadaan ini memberikan impak yang besar kepada aspek pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP).

 

25 .KUMPULAN ENGI-NUITY

Abstrak:

Tajuk:i-PROMAD “INTELLIGENT PROJECT MANAGEMENT METHOD”

Prosedur sekarang adalah penambahbaikan daripada prosedur dahulu yang melibatkan pelanggan dalam banyak urusan pengurusan.Ini untuk memastikan kepuasan pelanggan pada akhir projek.

 

26.KUMPULAN BIXORATIVE

Abstrak:

Tajuk: Kesalahan Dan Penolakan Spesimen / Permintaan Ujian Yang Tinggi

Pengutipan,penghantaran dan permintaan ujian diagnostic makmal yan tidak mempati spesifikasi( mengikut buku”Guideliness for selection,collection and management of microbiologi specimens(MMPP/DD/10) menyebabkan berlaku kesalahan dan penolakan sama ada specimen atau permintaan ujian tersebut.

 

27.KUMPULAN LESTARI

Abstrak:

Tajuk: Keadah Pengosongan Takungan Alat Demudifier Yang Penuh

Alat Dehumidifier berfungsi untuk menyerap wap air dalam bilik makmal dan mengekalkan tahap humidity bergantung kepada kesesuaian alatan makmal tertentu. Alat dehumidity ini memerlukan pengendali khas untuk memeriksa takungan air penuh atau tidak. Takungan yang dipenuhi air sebanyak 8 liter dikeluarkan untuk dibiang ke sinki makmal.Semasa proses mangangkat takungan, petugas makmal akan mambongkok dan mangakibatkan kesakitan pada bahagian belakang dan pinggan disamping petugas terpaksa datang pada hari cuti dan cuti umum. Kumpulan Lestari telah menghasilkan inovasi ke atas takungan air dengan menyalurkan terus dari takungan ke sinki makmal.

 

 

28. KUMPULAN SIGMA

Tajuk: Kesukaran Pengesahan Punca Filem ”Reject”

Abstrak:

Analisa Filem Reject (FRA) merupakan satu ‘Management Tool’ standard yang digunakan pakai oleh Jabatan Radiologi seluruh dunia untuk menilai kualiti gerak kerja di Jabatan. FRA menggunakan filem x-ray yang di ‘reject’ sebagai petunjuk bagi mengenalpasti kelemahan gerak kerja dalam jabatan seterusnya tindakan penyelesaian akan diambil berdasarkan keputusan analisa. Semakin kecil peratus FRA semakin bagus kualiti kerja di jabatan. Punca filem di’reject’ terdiri daripada Human, Printer dan Modality (Mesin X-Ray) dan punca ini merupakan punca standard yang diguna pakai di seluruh dunia.           

Masalah berlaku apabila Jabatan sukar untuk mengesahkan punca sebenar filem di’reject’. Ini disebabkan tiada kaedah merekod yang bagus bagi merekodkan punca filem di’reject’. Maka punca ‘reject’ sebenar (Human, Printer, Modality) tidak dapat dikenalpasti dan disahkan kebenarannya. Keputusan FRA boleh diragui dan menjadi tidak tepat menyebabkan tindakan penyelesaian yang tepat tidak boleh diambil. Secara tidak langsung masalah ini turut menyumbang kepada pemeriksaan ulangan. Seterusnya dedahan radiasi bertambah ke atas pesakit. Masa pemeriksaan menjadi lebih lama disebabkan oleh pemeriksaan ulangan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, kumpulan dengan kerjasama Unit Sistem Maklumat HUSM telah membangunkan satu perisian khusus yang dikenali Film Reject Analysis System (FiRAS) bagi merekod dan menganalisa punca ‘reject’sebenar

Faedah dari projek membantu kami menjumpai punca sebenar ‘reject’ dan tindakan penyelesaian yang tepat telah dapat diambil. Peratus keraguan menjadi 0 Peratus. Secara tidak langsung anggaran pembaziran kos operasi tahunan sebanyak RM 22 986 berjaya diatasi. Manakala, anggaran penjimatan adalah RM 8658 setahun. Masa kerja staf dalam melakukan analisa juga dapat dikurangkan sebanyak 83 peratus. Masa kerja staf dalam melakukan analisa juga dapat dikurangkan sebanyak 83 peratus.

 

 

 

29. KUMPULAN DTECH

Tajuk: Kitar Semula Komponen ”Air Electric Switch” yang terdapat pada Kerusi Pergigian

Abstrak:

Punca-punca utama masalah yang dikenalpasti ialah alat ganti di unit pergigian diguna secara pakai buang. Oleh kerana alat ganti berkenaan adalah terlalu mahal dan digunakan dalam jumlah yang banyak serta lewat menerima alat ganti tersebut kerana ditempah daripada luar negara sebelum resolusi dijalankan.

Cadangan-cadangan penyelesaian adalah dengan mengitarkan semula alat ganti ‘Air Electric Switch’.

Hasil daripada inovasi kumpulan D-tech ini dapat menjimatkan peruntukan pembelian alat ganti serta dapat mempercepatkan proses baik pulih kerusi pergigian

Tiada lagi masalah alat ganti Air Electric Switch tidak mencukupi setelah projek ini dilaksanakan

 

 

30. KUMPULAN G-SMART

Tajuk: Mengatasi masalah pembaziran air semasa proses penyulingan

Abstrak:

Penggunaan air suling amat berguna kepada semua sektor di Malaysia.Di Kementerian Pengajian Tinggi samada di Universiti Awam,Institut,Kolej mahupun Jabatan, air suling digunakan bagi tujuan rawatan perubatan dan pergigian,analisa ujian,kejuruteraan automobil dan banyak lagi.

Proses penghasilan air suling melibatkan dua peringkat iaitu proses pemanasan dan penyejukan wap air.Semasa proses ini dijalankan didapati pembaziran air banyak berlaku.Ini adalah disebabkan oleh tiada alat yang boleh menyejukkan air tersebut.            

Inovasi yang diperkenalkan oleh kumpulan kami ialah satu ciptaan alat yang mengatasi masalah pembaziran air yang berlaku semasa menjalankan proses penyulingan.Alat/mesin yang dicipta diberi nama Ris-MEC bermaksud 'Recycle of Innovation System Machine Of Effective Cycler'.Mesin Ris-MEC akan mengitar semula air daripada kondensor dan ini akan menyebabkan penggunaan air adalah di tahap maksimum.

Dengan terciptanya mesin Ris- MEC ini ianya akan dapat menyelesaikan masalah pembaziran air dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bil air.

 

31. KUMPULAN TAWAM

Abstrak:

Tajuk:

 

32. U-BALANCE

Tajuk: Perawatan pesakit bermasalah keseimbangan badan kurang efisien

 

Abstrak:

Masalah keseimbangan badan adalah serius dan kerap (dianggarkan 10% penduduk Malaysia mengalami masalah ini). Di Malaysia, tiada rawatan yang efisien untuk memulihkan pesakit bermasalah keseimbangan badan ini. Cara yang paling efisien untuk merawat masalah ini ialah dengan melakukan latihan fizikal di bawah penyeliaan ahli terapi di klinik dan pesakit-pesakit perlu hadir ke hospital secara kerap (3 kali seminggu) dan ini boleh memberi bebanan kepada mereka dari segi masa dan kewangan. Ahli terapi juga perlu mengikuti latihan khas dan ini akan membebankan pihak klinik dan jabatan dari segi kewangan dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun, dengan penyelesaian kreatif dan inovatif kumpulan KIK U-Balance telah menghasilkan modul video latihan untuk merawat pesakit yang bermasalah keseimbangan badan. Setelah dibuat kajian dan diteliti dengan lebih terperinci projek ini mampu mengurangkan kos operasi jabatan sebanyak 67%, pengurangan masa rawatan bagi setiap pesakit sebanyak 91.7% dan juga mengurangkan kos rawatan terhadap pesakit dari segi tambang, masa dan bayaran rawatan hospital sebanyak 91.7%. Oleh itu, dengan adanya inovasi ini maka mutu kerja dan imej jabatan akan meningkat.

33. THE REHAB CHARGER

Abstrak:

Tajuk: Projek untuk menangani masalah peralatan sedia ada untuk latihan berjalan bagi pesakit yang mengalami kepatahan tulang anggota bawah membebankan

Punca-punca utama masalah yang dikenalpasti ialah alat bantuan sedia ada mahal, sukar diperolehi, mempunyai fungsi yang terhad, saiz alat yang sedia ada tidak sesuai dan juga alat sedia ada sukar dikendalikan. Kelima-lima punca masalah telah dikenalpasti dengan menggunakan teknik Rajah Ishikawa dan carta semak kekerapan punca masalah sebelum resolusi dijalankan.

Cadangan-cadangan penyelesaian untuk masalah alat bantuan berjalan yang mahal adalah dengan menyediakan alat bantuan yang murah dan untuk alat bantuan yang sukar diperolehi, cadangan penyelesaian adalah dengan menyediakan alat bbantuan buatan tempatan manakala bagi masalah alat bantuan yang mempunyai fungsi yang terhad, cadangan untuk menyediakan alat bantuan yang mempunyai pelbagai fungsi telah digunapakai. Bagi saiz alat yang tidak sesuai, alat bantuan yang direka mestilah mempunyai pelbagai saiz dan untuk masalah alat sukar dikendalikan, alat bantuan yang di reka hendaklah lebih senang dan mudah untuk dikendalikan.

Kumpulan telah mengadakan dua resolusi di mana kaedah-kaedah projek yang telah digunakan untuk kedua-dua resolusi adalah dengan menggunakan process decision program chart dan rajah pokok cadangan penyelesaian dan kumpulan telah membuat semakan selepas setiap resolusi yang dijalankan melalui borang kaji selidik. Pareto perbandingan telah dibuat sebelum tindakan resolusi dijalankan dan selepas setiap resolusi berakhir.

Projek ini dapat menyumbang kepada penjimatan kos pembelian alat bantuan berjalan. Faedah ketara yang telah dikenalpasti ialah penjimatan kos sebanyak RM98.00 seunit.

 

34. I-AMIN

Tajuk: Ketiadaan Minyak Pati Herba Untuk Pengajaran dan Penyelidikan di PPSK

Abstrak:

Pure herbal oil extract is difficult to purchase as most manufacturers supply those with high commercial values. Even though herbal oil is available, it may not meet the standard of purity required. Further purification of commercial grade can be done vial distillation but large scale purification requires costly apparatus while common laboratory apparatus allows only small scale and is time consuming. The aim of this project is to overcome pure herbal oils for Pharmacology practical session in the School of Health Sciences by innovation to develop distillation apparatus for herbal extracts in the laboratory.

 

 

35. BRAINwaves

Tajuk: A Mind Stimulating System to Increase Alertness in The Workplace

Abstrak:

The BRAINwaves Group understands that loss of productivity is an important problem in the workplace and a major problem is because of loss of mental alertness that happens especially in the later half of the workday. The BRAINwaves System was developed as a cheap, simple and effective method of stimulating the mind and restoring mental alertness in a short period of time. It has three different components: the mind kit, the website and the virtual consult. This improves personal as well as institutional productivity in the workplace. The development of a BRAINwaves system created a new value curve as assessed by the strategy canvas tool of the Blue Ocean Strategy. BRAINwaves created a product that meets current market needs and created value innovation by developing a product that has lowered costs to 96% of currently available products. The product is highly specific yet diverse enough to cut across communities, age group and cultures.

 

36. Sweet mom

Tajuk: Uniform jururawat tidak mesra penyusuan

Abstrak:

Hospital Universiti Sains Malaysia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi pada 1998 Oleh yang demikian, menjadi suatu tuntutan kepada semua staf HUSM terutama kepada jururawat untuk menjadi “Role Model” kepada semua hospital yang lain dalam aktiviti penyusuan eksklusif. Namun timbul masalah kerana uniform jururawat adalah bersandarkan kepada status Hospital Mesra Ibadah yang mana uniform perlu mematuhi syariat.Uniform yang sedia ada tidak mampu memenuhi kedua- dua tuntutan ini. Soal selidik akan dilakukan bagi mencari penyelesai bagi masalah ini. Suatu jalan penyelesaian telah dipilih iaitu mengubahsuai uniform sediada kepada uniform mesra penyusuan tanpa mengubah paten yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Pengubahsuaian uniform ini akan memberi manfaat kepada semua staf kejururawatan terutama mereka yang sedang menyusukan bayi berusia dibawah dua tahun. Uniform baru ini memudahkan aktiviti penyusuan semasa bertugas samada menyusukan bayi atau melakukan pemerahan. Ini akan meningkatkan bilangan staf yang menyusukan bayi mereka kerana uniform ini mudah, senang, selesa dan menutup aurat. Implikasinya, uniform ini memudahkan proses menyusu dan memerah susu, menjimatkan masa, memberi keselesaan semasa menyusu, mengurangkan ganguan emosi kepada ibu muda dan berjaya mencapai penyusuan eksklusif iaitu bayi diberi susu ibu sahaja dari lahir sehinga enam bulan pertama. Matlamat akhir projek untuk memudahkan aktiviti penyusuan dalam kalangan jururawat dan mengekalkan pengiktirafan Hospital Rakan Bayi.

 
 
Top!
Top!